Saturday, November 2, 2013

Selendang Ciffon

Selendang Ciffon

Lebar 27"
Panjang 62"
Material : Ciffon

RM19 + Postage RM6 Semenanjung, RM10 Sabah Sarawak

CODE : SCF04



CODE : SCF05



CODE : SCF06



CODE : SCF07




CODE : SCF08


Monday, October 28, 2013

Tips : Cara Selamat Ibu Menyusu Turunkan Berat




Setiap manusia pastinya menginginkan tubuh sihat. Kata orang walau sebanyak mana pun wang dalam simpanan, ia masih belum mampu membeli kesihatan. 

Bagi wanita yang baru melahirkan, kenaikan berat badan adalah satu masalah yang cukup memeningkan. Manakan tidak, bayi perlu disusui, jadi adalah satu perkara mustahil untuk si ibu mengamalkan diet kerana ia boleh memberi kesan pada bayi.

Cara menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ibu-ibu menyusu. Ini kerana, ia dapat mempengaruhi pengeluaran mahupun kualiti susu ibu itu sendiri.

Disebabkan itulah, bagi menjaga kuantiti dan kualiti susu tersebut maka ibu yang menyusu harus menambah pengambilan dalam sehari sekitar 300 kkal. Bagaimanapun, sekiranya si ibu masih ingin mencuba  menurunkan berat badan tetapi masih meneruskan penyusuan maka ada beberapa cara selamat yang boleh dipraktikkan:

Bakar kalori dengan menyusukan bayi

Berusahalah menyusukan bayi anda sehingga usianya dua tahun. Jangan menganggap ini satu perkara yang menyusahkan kerana tubuh ibu menyusu berupaya menghasilkan hormon yang membantu menurunkan berat badan sekali gus mengembalikan bentuk tubuh secara semula jadi.

Terdapat beberapa kajian mengatakan dengan menyusukan bayi, tubuh ibu berkenaan secara tidak langsung telah membakar sekitar 300 ke 500 kkal sehari bersamaan dengan aktiviti berbasikal selama satu jam.

Hati-hati dengan makanan

Pilih jenis makanan yang banyak mengandungi sayur, buah-buahan, karbohidrat kompleks, lemak skim serta sumber protein yang rendah. Sebagai contoh, susu rendah lemak, daging ayam tanpa kulit, ikan, telur, tauhu, tempe dan kekacang. Dengan mengambil makanan-makanan tersebut secara teratur, tidak mustahil anda mampu mendapatkan bentuk tubuh yang diinginkan serta tahap kesihatan yang optimum.

Jauhi makanan segera

Elakkan mengambil makanan segera atau yang telah disejukkan beku. Jika terpaksa, bolehlah diambil tetapi pastikan ia dalam jumlah sedikit. Bagi mengelakkan rasa tertekan berpanjangan kerana tidak berpeluang mengambilnya maka alihkan seketika pemikiran anda kepada si kecil yang sememangnya inginkan perhatian. Mungkin dengan berjalan-jalan bersamanya berupaya membakar kalori di tubuh anda.

Lakukan senaman ringan

Sebaiknya, setelah selesai menyusukan bayi maka lakukan sedikit senaman ringan bagi mengurangkan rasa tidak selesa di bahagian payu dara. Gunakan pakaian dalam yang memang dikhususkan buat ibu-ibu menyusu.

Boleh dimulai dengan berjalan di kawasan sekitar, berbasikal atau berenang. Sekiranya telah dilakukan berulang kali maka bolehlah ditingkatkan masanya secara berperingkat. Sebagai contoh, lakukan latihan menguatkan dinding perut dan seterusnya. Jika merasa sakit di kawasan tertentu maka dapatkanlah rawatan doktor dengan segera.

Wednesday, October 16, 2013

Tips Cantik Untuk Yang Bertudung



Tidak dinafikan, wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.
Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurna dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu.
Jika anda membiarkan rambut kering hanya 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, ini boleh memudaratkan rambut.
Berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik.

1. Tidak Perlu Mencuci
Kalau anda mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Sebagai wanita bertudung, tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja.
Tidak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak kering dengan sempurna secara menyeluruh.
Cadangan : Cucilah rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaik-baiknya cucilah pada waktu petang, iaitu selepas pulang daripada kerja. Selebihnya cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan rambut lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.


2. Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Jika anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus menutup rambut dengan tudung. Oleh itu, pilih tudung berfabrik lembut.
Tudung bawal adalah pilihan terbaik. Elakkan memakai tudung fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.
Cadangan : Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.
3. Sentiasa Merawat Rambut
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat.
Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.
4. Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk mendapatkan rawatan di salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan anda.
Cadangan : Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan info yang betul cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu pada rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab rambut mudah rosak.
5. Berehat dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun daripada beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering.
Sebaik-baiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Elakkan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
Cadangan : Waktu ini, sebaik-baiknya anda berehat sepenuhnya. Jangan lakukan kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan ‘rehat’ dengan sempurna.



Selendang Ciffon

Selendang Ciffon

Lebar 27"
Panjang 62"
Material : Ciffon

RM19 + Postage RM6 Semenanjung RM10 Sabah Sarawak

CODE : SCF01



CODE : SCF02



CODE : SCF03



Tuesday, October 8, 2013

Tudung Cotton (Corak Butterfly)

Tudung Cotton (Corak Butterfly)

Lebar 42"
Panjang 42"
Material : Cotton

RM10 + postage Rm6 Semenanjung, RM10 Sabah Sarawak


CODE : TC01



CODE : TC02



CODE : TC03



CODE : TC04


Thursday, October 3, 2013

Pashmina

Pashmina

Panjang 67" Lebar 27"

RM15 + postage RM6 Semenanjung, RM10 Sabah Sarawak


CODE : PASHMINA01




CODE : PASHMINA02




CODE : PASHMINA03




CODE : PASHMINA04




Wednesday, October 2, 2013